Ahad, 27 Mac 2011

Peralatan: Cash Register

Cash Register atau Mesin duit merupakan salah satu peralatan yang penting dalam sesebuah restoran. Ianya boleh dikatakan sebagai model entry-level kerana harganya yang murah dan berguna.

TOWA AX-50

Mesin ini ringkas dan mampu mengeluarkan resit jika atas permintaan. Hampir semua part dalam mesin ini diperbuat dari plastik. Namun ia mampu menguruskan duit anda supaya tidak berterabur dan tidak lagi memerlukan kalkulator.

Terdapat sesetengah kedai tidak menggunakan mesin ini langsung kerana beranggapan ianya tidak diperlukan dan membazir. Cuba bayangkan jika kedai anda diserbu pelanggan secara tiba-tiba. Berterabur duit jadinya didalam laci. Ianya juga membahayakan jika anda leka apabila pelanggan menunggu dikaunter dan melihat duit bertaburan di laci anda. 

Ahad, 13 Mac 2011

Tahukah Anda? #1

Tahukah anda bahawa setiap banner iklan memerlukan lesen/permit iklan sebelum digantung walaupun dihadapan kedai anda sendiri.

Sabtu, 12 Mac 2011

Lesen Perniagaan

Setiap premis kedai makan memerlukan Lesen Perniagaan sebelum memulakan operasi. Sedangkan makcik jual goreng pisang tepi jalan pun ada lesen. Jadi dapatkanlah lesen di Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah atau Dewan Bandaraya sebelum meniaga.

Contoh lesen dgn patil (patil tu yg frame merah letak lesen tu)

Apakah yang diperlukan untuk mendapatkan lesen
  1. Borang Permohonan Lesen Penjaja
    Borang ini boleh didapati di pejabat perbandaran
  2. Salinan suntikan TY2 dan salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
    Pergi klinik buat suntikan pastu cari syarikat yang mengeluarkan kursus pengendalian makanan. Nanti dapat sijil kursus
  3. Salinan pelan lokasi perniagaan
    Pelan lokasi ni pandai2 la cari. Selalunya akan diberikan ketika anda menandatangani kontrak sewa kedai
  4. Salinan Kad Pengenalan
    Kalau yang ni nak kena explain jugak, tatau la. haha
  5. 2 Keping Gambar Passport
  6. Salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM)
    Sebelum nak apply lesen, pastikan dah daftar syarikat anda kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tak kira la Enterprise ke atau Sendirian Berhad.
  7. Dah lengkap semua kat atas, baru la pergi apply k
Pastikan jelas tentang syarat-syarat yang diperlukan sebelum apply lesen bagi mengelakkan anda berulang kali ke pejabat perbandaran kerana tak cukup syarat. 
"Susah betul la nak apply lesen, tu yang saya meniaga selamba je"
Perkara ini sering saya dengar dari peniaga-peniaga yang tidak berlesen. Sebenarnya nak apply lesen cukup mudah kalau cukup syaratnya. Cakap je takut kena inject kan senang. Haha

Selasa, 8 Mac 2011

Pemilihan Kedai

Orang kata kalau nak bukak kedai makan, mesti la kat tempat yang ramai orang. Tetapi tahukah anda, tempat yang ramai orang ini mempunyai kadar sewa yang tinggi. Pulangan juga akan lumayan. Ramai mengatakan ianya pelaburan yang berbaloi. Tetapi, benarkah ia berbaloi?

Gambar sekadar hiasan yang diambil dari Internet :D

Sebagai contoh sewa kedai RM2500/sebulan. Saya dikehendaki membayar deposit 2 bulan + 1 deposit eletrik air = RM7500 (Kontrak 2 + 1). Nilainya sebenarnya tinggi bagi saya yang hanya mempunyai modal yang sedikit kerana RM7500 hanya untuk mendapatkan kedai, belum lagi pengubahsuaian, elektrikal, peralatan dapur, bahan masakan dan modal pusingan.

Jadi saya mengambil keputusan memilih kedai yang lebih murah tetapi sedikit terpencil. Sesuailah dengan bajet yang tengah ada. Walaupun lokasi kedai bukanlah dikawasan yang berpendudukan padat, ia amat sesuai untuk mencari pengalaman membuka kedai makan.

Isnin, 7 Mac 2011

Garam Kasar

Apa khabar semua. Saya seorang pengusaha kedai makanan. Blog ini bertujuan untuk berkongsi asam garam kehidupan seorang pengusaha kedai makanan yang semakin mencabar.