Sabtu, 7 Mei 2011

Kembangkan perniagaan anda dengan aplikasi Foursquare

Pelanggan yang mengunjung ke kedai saya semakin hari semakin bertambah, tetapi ianya hanya limited kepada penduduk disekeliling situ sahaja. Penduduk yang jauh sedikit dari kedai langsung tidak menyedari kewujudan kedai saya.

Antara penyelesaiannya, dengan menggunakan Foursquare. Kini ramai menggunakan Foursquare utk check-in disuatu tempat utk menyatakan kepada rakan-rakannya dimana mereka berada. Kelebihan teknologi ini sedikit sebanyak memberi maklumat kewujudan kedai saya. (mungkin ada yang akan mencari).

Didalam Foursquare terdapat banyak senarai tempat. Jadi bagaimana menjadikan kedai kita lebih menyerlah didalam senarai tersebut?

Didalam laman web Foursquare, terdapat Manager Tool yang membolehkan anda menambah Campaign atau Promosi untuk kedai anda.


Sebagai contoh, 5 check-in mendapat minuman percuma. Jika kita lihat gambar diatas sebelah kanan, senarai kedai kita akan terdapat didalam Special Nearby.  Ianya salah satu cara untuk memperkenalkan perniagaan kita kepada orang luar yang berdekatan.

Selamat mencuba!