- Segan nak beli satu lauk, suruh anak umur 5 tahun untuk belikan. Well kanak-kanak kan jujur, dia akan cakap mak dia yg suruh belikan.
- Bila bayar di kaunter, "Abang nak beli ubat tak, saya jual ubat bagus punya boleh sembuhkan pelbagai penyakit".
- "Bang, teh O ais satu". bila hantar minuman, "eh tadi saya order Milo Ais". Macam2 la punya manusia.
- Ada yang jadikan kedai makan tempat perbincangan perniagaan.
- Ada yang juga yg datang meluahkan perasaan sedih.
- "kenapa lauk sini mahal, saya makan kat kedai lain murah". kemudian datang lagi ke kedai ni. pelik.
- Ramai yang suka merokok, tapi segelintir yang mencari ashtray sebelum merokok. Selebihnya dibuang di lantai seolah-olah kedai ni kat bawah pokok.
- A: takpe saya bayarkan
B: eh takpe2, biar saya bayar.
A: ala, nanti2 la kamu bayar, hari ni biar saya yang bayar
B: takpe simpan duit tu, saya bayar - Bayar harga makanan RM3 dgn note RM100
- Bayar harga makanan RM4.50 dengan RM 4. "bang, saya ada yang ni je tinggal"
- A: ko bayarkan la semua
B: e'eh aku lak, ko la bayar
A: ko kan baru gaji, ko bayar.
Begitulah antaranya. Ada byk lagi. Tapi itu je yg mampu taip setakat ni.