Sabtu, 7 Mei 2011

Kembangkan perniagaan anda dengan aplikasi Foursquare

Pelanggan yang mengunjung ke kedai saya semakin hari semakin bertambah, tetapi ianya hanya limited kepada penduduk disekeliling situ sahaja. Penduduk yang jauh sedikit dari kedai langsung tidak menyedari kewujudan kedai saya.

Antara penyelesaiannya, dengan menggunakan Foursquare. Kini ramai menggunakan Foursquare utk check-in disuatu tempat utk menyatakan kepada rakan-rakannya dimana mereka berada. Kelebihan teknologi ini sedikit sebanyak memberi maklumat kewujudan kedai saya. (mungkin ada yang akan mencari).

Didalam Foursquare terdapat banyak senarai tempat. Jadi bagaimana menjadikan kedai kita lebih menyerlah didalam senarai tersebut?

Didalam laman web Foursquare, terdapat Manager Tool yang membolehkan anda menambah Campaign atau Promosi untuk kedai anda.


Sebagai contoh, 5 check-in mendapat minuman percuma. Jika kita lihat gambar diatas sebelah kanan, senarai kedai kita akan terdapat didalam Special Nearby.  Ianya salah satu cara untuk memperkenalkan perniagaan kita kepada orang luar yang berdekatan.

Selamat mencuba!

Rabu, 20 April 2011

Ragam Pelanggan

Sejak memulakan perniagaan restoran, pelbagai ragam manusia boleh kita lihat dan dengar. antaranya seperti..

  • Segan nak beli satu lauk, suruh anak umur 5 tahun untuk belikan. Well kanak-kanak kan jujur, dia akan cakap mak dia yg suruh belikan.
  • Bila bayar di kaunter, "Abang nak beli ubat tak, saya jual ubat bagus punya boleh sembuhkan pelbagai penyakit".
  • "Bang, teh O ais satu". bila hantar minuman, "eh tadi saya order Milo Ais". Macam2 la punya manusia.
  • Ada yang jadikan kedai makan tempat perbincangan perniagaan.
  • Ada yang juga yg datang meluahkan perasaan sedih.
  • "kenapa lauk sini mahal, saya makan kat kedai lain murah". kemudian datang lagi ke kedai ni. pelik.
  • Ramai yang suka merokok, tapi segelintir yang mencari ashtray sebelum merokok. Selebihnya dibuang di lantai seolah-olah kedai ni kat bawah pokok.
  • A: takpe saya bayarkan
    B: eh takpe2, biar saya bayar.
    A: ala, nanti2 la kamu bayar, hari ni biar saya yang bayar
    B: takpe simpan duit tu, saya bayar
  • Bayar harga makanan RM3 dgn note RM100
  • Bayar harga makanan RM4.50 dengan RM 4. "bang, saya ada yang ni je tinggal"
  • A: ko bayarkan la semua
    B: e'eh aku lak, ko la bayar
    A: ko kan baru gaji, ko bayar.
Begitulah antaranya. Ada byk lagi. Tapi itu je yg mampu taip setakat ni.

Ahad, 27 Mac 2011

Peralatan: Cash Register

Cash Register atau Mesin duit merupakan salah satu peralatan yang penting dalam sesebuah restoran. Ianya boleh dikatakan sebagai model entry-level kerana harganya yang murah dan berguna.

TOWA AX-50

Mesin ini ringkas dan mampu mengeluarkan resit jika atas permintaan. Hampir semua part dalam mesin ini diperbuat dari plastik. Namun ia mampu menguruskan duit anda supaya tidak berterabur dan tidak lagi memerlukan kalkulator.

Terdapat sesetengah kedai tidak menggunakan mesin ini langsung kerana beranggapan ianya tidak diperlukan dan membazir. Cuba bayangkan jika kedai anda diserbu pelanggan secara tiba-tiba. Berterabur duit jadinya didalam laci. Ianya juga membahayakan jika anda leka apabila pelanggan menunggu dikaunter dan melihat duit bertaburan di laci anda. 

Ahad, 13 Mac 2011

Tahukah Anda? #1

Tahukah anda bahawa setiap banner iklan memerlukan lesen/permit iklan sebelum digantung walaupun dihadapan kedai anda sendiri.

Sabtu, 12 Mac 2011

Lesen Perniagaan

Setiap premis kedai makan memerlukan Lesen Perniagaan sebelum memulakan operasi. Sedangkan makcik jual goreng pisang tepi jalan pun ada lesen. Jadi dapatkanlah lesen di Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah atau Dewan Bandaraya sebelum meniaga.

Contoh lesen dgn patil (patil tu yg frame merah letak lesen tu)

Apakah yang diperlukan untuk mendapatkan lesen
  1. Borang Permohonan Lesen Penjaja
    Borang ini boleh didapati di pejabat perbandaran
  2. Salinan suntikan TY2 dan salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
    Pergi klinik buat suntikan pastu cari syarikat yang mengeluarkan kursus pengendalian makanan. Nanti dapat sijil kursus
  3. Salinan pelan lokasi perniagaan
    Pelan lokasi ni pandai2 la cari. Selalunya akan diberikan ketika anda menandatangani kontrak sewa kedai
  4. Salinan Kad Pengenalan
    Kalau yang ni nak kena explain jugak, tatau la. haha
  5. 2 Keping Gambar Passport
  6. Salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM)
    Sebelum nak apply lesen, pastikan dah daftar syarikat anda kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tak kira la Enterprise ke atau Sendirian Berhad.
  7. Dah lengkap semua kat atas, baru la pergi apply k
Pastikan jelas tentang syarat-syarat yang diperlukan sebelum apply lesen bagi mengelakkan anda berulang kali ke pejabat perbandaran kerana tak cukup syarat. 
"Susah betul la nak apply lesen, tu yang saya meniaga selamba je"
Perkara ini sering saya dengar dari peniaga-peniaga yang tidak berlesen. Sebenarnya nak apply lesen cukup mudah kalau cukup syaratnya. Cakap je takut kena inject kan senang. Haha